Thursday 23 December 2010

Macam-macam...

Sejak berniaga online ni  macam2 perangai customer yang saya jumpa. Bila berlakunya transaksi antara 2 pihak yang tidak pernah bersua muka, hanya sikap saling percaya mempercayai sahaja yang membolehkan berlakunya transaksi jual beli.

Tapi, kadang2 tu terlepas pandang jugak bila kepercayaan kita disalahgunakan. Alkisah ceritanya bermula apabila seorang customer telah mengorder 3 set barut dari saya siap dengan penghantaran sms tentang bukti pembayaran dari maybank bahawa telah berlakunya pembayaran ke dalam akaun saya dengan jumlah sekian sekian.

Maka, atas sifat kepercayaan tersebut saya pun dengan suci hati telah membuat kiriman seperti yang telah dijanjikan. Apabila pembayaran telah dibuat maka menjadi tanggungjawab saya pula untuk menghantar pesanan yang telah dibayar dengan harga sekian sekian. Penghantaran dibuat pada hari isnin  dan barang tersebut telah diterima pada hari selasa. Maka gembiralah hati si penerima kerana menerima barang yang amat memuaskan hatinya, dan pujian pun telah dihantar kepada saya. Biasalah tu...

Keesokkannya, pada waktu malam ketika saya sedang bersantai2 dengan keluarga, datang lagi sms yang meminta saya memberikan jumlah harga untuk senarai order yang panjang. Sms diterima menjelang tengah malam, menghampiri detik 12 malam. Disebabkan mata belum mengantuk, maka saya melayan aje sms dari customer yang telah menerima barangannya kelmarin. Setelah dipersetujui harga, maka hampir jam 1.00 pagi dapat sms tentang jumlah pembayaran dari maybank dengan jumlah sekian sekian. Ketika ini, hati berasa tidak sedap sebab biasanya transaksi bank akan ditutup menjelang detik 12 malam. Tapi saya menyedapkan hati, agaknya di negerinya bank masih beroperasi walau dah tahu mana ada maybank buka lebih 12 malam, biasanya system refresh. Kalau cimb, siap letak kunci lagi kat kaunter online..

Esoknya, dapat sms bertanyakan bila barang akan diposkan sbb pembayaran sudah dibuat pada jam 1 pagi. Takpe, saya layan dulu cakap hari jumaat sbb belum sempat check lagi akaun. Bila saya check akaun online, memang sah dah kena tipu...takde apa-apa transaksi berlaku!

Saya try check semula transaksi utk penghantaran yang pertama, memang takde pembayaran pada tarikh order tersebut. Saya try call si dia bertanyakan tentang transaksi tersebut, tiada langsung nada terkejut. Biasa sahaja, sbb saya pernah juga alami customer yang masukkan duit tapi duit tak masuk, rupanya bermasalah dengan bank. Tapi customer tu bersungguh2. Kali ni, relax je.

Apapun, saya halalkan aje lah apa yang saya telah bagi. Anggaplah sebagai hadiah dari saya untuk baby yang bakal lahir. Itulah alkisahnya kerenah manusia yang pelbagai. Tapi ingatlah pada rakan2 online yang lain, sms yang dihantar oleh maybank   untuk pemberitahuan telah berlakunya transaksi boleh diedit dan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Rasanya pihak Maybank perlu mengemaskinikan cara pengesahan pembayaran ke dalam akaun pihak ketiga. CIMB lebih advance sbb sms tentang pembayaran kepada pihak ketiga dihantar sendiri oleh CIMB dengan charge RM0.20 persms. Apapun kita lebih yakin.

1 comment:

  1. walau apa pun cabaran n dugaan yg dtg,yg penting kita mesti sentiasa KUAT N TABAH!

    ReplyDelete