Produk baru

Bedung berpelekat zap on

Atas permintaan daripada ibu-ibu dan customer-customer yang sentiasa memberikan idea2 yang bernas kepada saya, maka saya akan melancarkan produk baru saya dijangka pada bulan Mei nanti, inshaALlah.

Gambar atas adalah sampel bedung berpelekat zap on yang telah dirasmikan oleh model kecil saya (anak sedara lah tu...). Masa dulu abangnya jadi model barut saya, sekarang adiknya pulak jadi model bedung zap saya yang akan dinamakan bedung  berpelekat zap MyBabyComel.

Pakai je bedung tu, terus tidurrrr..


Sarung tungku-baru cuba, mesti cuba...!!

Ada sorang customer saya dari Putrajaya meminta saya membuat sarung tungku. Saya tidak mendapat gambaran bagaimana rupanya sarung tungku tersebut, katanya macam beg yang orang dapat masa pergi khenduri kahwin dan ada tali untuk menjerut tungku tersebut.

Kebetulan adik saya baru aje melahirkan baby pada 21 Jan baru-baru ni, saya berjanji padanya untuk cuba membuat sarung tungku. Kiranya adik saya ni macam tikus putih la...jadi bahan ujikaji saya... Berdasarkan contoh pouch duit syiling saya cuba mengagak saiz sebenar tungku sebab tungku saya dia pinjam, jadi memang tak ada sample tungku untuk saya rujuk. Sekadar mengagak di dalam kepala sahaja dan berdasarkan saiz yang diberi oleh customer saya tersebut.

Saya cuba buat 2 saiz sarung tungku tersebut, satu saiz 10"x5" dan satu lagi 13"x6". Kedua-duanya saya bawa sebagai hadiah untuk adik saya. Alhamdulillah kedua-duanya muat untuk tungku tersebut, cuma yang satu tu tak cukup panjang, jadi tidak menutupi sehingga ke pemegang tungku.

Ini contoh sarung tungku yang saya buat dan belum diperkenalkan lagi di blogshop saya.




Cara menggunakannya:
1. Bentang suratkhabar dalam 2 helai untuk meletakkan daun yang digunakan untuk membalut tungku.
Daun-daun yang boleh digunakan ialah daun mengkudu (ini kebiasaannya), daun lengkuas (yang ni mak mertua saya yang ajar guna daun ni), dan daun pandan. Daun-daun yang lain saya tidak pasti, mungkin lain tempat lain caranya.

2. Letakkan tungku yang telah siap dibakar/dipanaskan atas daun-daun yang telah disusun atas suratkhabar tadi. Biasanya sekarang orang bakar tungku atas dapur gas aje. Bungkus tungku tadi dengan suratkhabar kemudian dimasukkan ke dalam sarung tungku tersebut.

3. Lilit tali penjerut di sekeliling sarung tungku. Lebih kemas dan tak payah risau kain pembalut tungku terburai atau longgar. Sarung tungku ni saya buat dengan 4 lapis kain, jadi kepanasan terkawal. Sedang elok untuk kita bertungku perut.

Sarung tungku ni sesuai untuk yang masih mengamalkan bertungku secara tradisional dan menggunakan batang tungku yang diperbuat dari batu atau besi. Tungku yang saya punya diperbuat dari besi, tapi puas hati sebab perut tidaklah menggeleber sehabis pantang dan tidak keras atau buncit macam orang mengandung 3 bulan. Walaupun agak cerewet, tapi berbaloi dengan hasilnya.

Menurut adik saya, sarung tungku ni memudahkan kerja-kerja bertungku dan lebih praktikal. Ini berdasarkan pengalaman dia menggunakan sarung tungku tersebut. Terima kasih adikku sebab sudi jadi tikus putih...