Wednesday 24 November 2010

Harga kapas naik..

Dapat dari satu blog member:



Harga Kapas Dunia Naik | Kesan Kepada Bisnes

Aku dapat call dari beberapa supplier utama aku yang harga kapas dunia sekarang tengah melambung tinggi. Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai, harga kapas dunia pada Julai 2010 adalah pada USD0.70 – 0.85 sekilo. Akan tetapi, pada Bulan November 2010 ini, harga kapas telah melambung hampir 2 kali ganda kepada USD1.30 sekilo. Mak aihhh.. tinggi tu naik…
Untuk pengetahuan, pokok kapas nie pun terdedah pada perubahan cuaca dan bencana alam. Negara China yang merupakan pengeluar kapas terbesar di dunia tengah mengalami cuaca yang tidak menentu menyebabkan kerosakan dan kematian tanaman kapas negara tu. Tambahan pulak banjir kilat di Pakistan juga menyebabkan kekurangan kapas di pasaran.
psst.. kalau nak kenal pokok kapas, tengok gambar kat atas tu yer…
India yang juga merupakan pengeluar kapas besar mula panik, takutkan kekurangan kapas di negara sendiri dan membuat keputusan untuk mengurangkan eksport kapas ke negara luar. Semua faktor ni akan secara langsung dan tak langsung menaikkan harga kapas sedunia.

Thursday 4 November 2010

Di mana kawan2?

 8 tahun dahulu saya seperti ibu kehilangan anak. Hidup penuh dengan kesunyian walau ada suami dan anak2 di sisi. Tapi saya juga perlukan kawan2, sekadar berkongsi cerita. Selama ini suamilah kawan terbaik saya, kepadanyalah saya mengadu masalah dan segala hal tentang dunia. Tapi kerinduan kepada teman2 lama tetap datang bertandang terutama teman2 yang pernah makan maggi sekali time ongkos takde sebab duit loan tak masuk lagi, teman yang berkongsi kisah suka dan duka tika di universiti. Masak maggi pinjam periuk nasik kawan2 yang bawak periuk ke asrama walau tidak dibenarkan. Time tu, memang tahu yang student perempuan ni lebih penakut dari student lelaki. Kalau kat asrama lelaki, diorang siap bawak washing machine lagi kat asrama, takde kena tindakan apa2. Tapi kalau student perempuan ni, nak guna segala peralatan elektrik terpaksa sorok2. Itulah hakikatnya menjadi wanita, sentiasa patuh pada undang2, dan lelaki pulak selalu break the regulation.

Bila dah kahwin, wajib patuh pada suami. Allah cipta wanita begitu sebab nak melindunginya. Melencong pulak dari tajuk kawan2 tadi.

Sekarang dah banyak kemudahan untuk berhubung dengan kawan2 lama dengan adanya laman sosial. Kalau betul cara gunanya dapatlah pahala, kalau salah guna, dapat dosa kering sahaja. Suami memang tidak membenarkan saya upload gambar keluarga di sana. Hanya yang terlepas gambar 2 anak sahaja. Tapi kawan2 lama memang dapat berhubung kembali. Masing2 dengan kejayaan. Ada yang sudah mendapat gelaran Dr (Phd), lawyer yang berjaya, cikgu cikgi, bizman and woman yang tersohor dan pelbagai lagi. Tumpang bangga dengan pencapaian diorang walau dulu ketika di universiti hanya orang biasa2 sahaja, tapi rezeki Allah bukan kita tahu. Rezeki dan tuah saya juga saya tidak tahu, mungkin ALlah simpan dahulu. Sekarang, tugas saya adalah terus berusaha untuk mengembangkan dan mengukuhkan perniagaan yang ibarat budak baru  belajar meniarap...

Wednesday 3 November 2010

Laman web sendiri

Akhirnya tercapai juga impian untuk memiliki laman web sendiri setelah lama berangan2. Alhamdulillah...ianya memerlukan proses yang panjang. Bukan senang2 boleh buat laman web sendiri kalau produk belum stabil dan selalu on off je. At least biar stabil dulu baru bukak yang lebih besar.

Semua ni adalah ketentuan dariNya juga. Moga dipermudahkan segalanya. Nantikan laman web baru nanti dengan domain sendiri, inshaALlah...Nanti tak payah dah tumpang ngan En. Blogspot untuk buat jualan. Boleh jual kat kedai sendiri. Bebas.

Tapi jasa En. Blogspot tetap tidak boleh dilupakan kerana daripadanya lah saya bermula mengenali dunia IT dan dunia blogger. Hasil godek menggodek, try and error, kaji mengkaji. Boleh berbangga dengan diri sendiri sebab daripada buta IT akhirnya ada blog sendiri. Itu satu pencapaian yang terbaik buat saya sebab semuanya bermula dengan pembacaan dan kajian sendiri.

Memang beralih bidang 100%, daripada dunia undang-undang yang stereotype kepada satu dunia yang sentiasa berkembang. Kita pulak yang tidak terkejar dibuatnya. Walaubagaimanapun, bagi saya mungkin hanya 0.05% sahaja ilmu saya tentang dunia baru ni. Belum layak lagi mendapat gelaran IM (Internet Marketeer). Masih terlalu jauh. Saya terjun dalam dunia ini pun by accident. Apapun semuanya rezeki dan taqdir dariNya. Alhamdulillah.

Tuesday 2 November 2010

Kerja sendiri vs Makan Gaji

Seronok juga bercerita tentang kerja sendiri atau nak kerja makan gaji. Masing2 akan mempertahankan pendapat bahawa kerjanya lah  yang lebih susah. Kalau ditanya pada saya yang tak pernah bekerja makan gaji, hanya bekerja sendiri dari rumah, atau lebih tepatnya gelaran yang diberi WAHM(working at home mom) atau SAHM(stay at home mom) tentu jawapan saya berbeza dengan orang yang makan gaji.



Sama tapi tak serupa. Masing2 bekerja tapi dengan suasana yang berbeza. Bekerja makan gaji perlu patuh pada arahah orang yang lebih atas, keputusan dibuat dengan perbincangan, sebaliknya bekerja sendiri perlu memotivasi diri sendiri untuk berjaya dan keputusan perlu dibuat sendiri. Selalunya orang yang makan gaji akan dihantar  mengikuti pelbagai jenis kursus untuk memantapkan skill dan memberi motivasi, tapi kalau kerja sendiri perlu cari sendiri kursus2 motivasi yang berkaitan atau kalau tak cukup modal nak pergi kursus kenalah mencari apa2 sumber yang boleh memotivasikan diri seperti membaca kisah2 kejayaan orang-orang yang telah berjaya untuk mencari kekuatan diri. Sayapun kadang-kadang down juga ketika melalui cabaran kerja sendiri. Bukan mudah sebenarnya. Cuma yang untung anak2 membesar di depan mata.

Pengurusan masa juga sesuatu bukan mudah untuk dibuat berlainan dengan kerja makan gaji, biasanya 8.00-5.00  job. Kerja kat rumah selepas waktu bekerja itu adalah tanggungjawab pula. Tetapi sekiranya bekerja sendiri, agak sukar jugak nak mengurus masa dengan tugas yang tidak pernah habis bermula dari subuh hari hinggalah  melelapkan mata. Bila anak2 dah tidur malam barulah boleh betul2 mengadap pc, sebelah siang sibuk dengan anak2 dan juga menyiapkan order.

Takde istilah cuti rasanya dalam kamus saya. Walau tidak sihat tugas rutin tetap dijalankan dan biz juga berjalan seperti biasa. Bukan boleh ambil MC dari suami atau anak2, kata ummi cuti hari ni tak boleh masak. Kalau nak demam tu biasanya demam pun tak jadi, disebabkan tugas yang menanti. Alhamdulillah, setakat ni Allah beri kesihatan yang baik, mudah2an terus sihat dalam meniti hari2 mendatang. Kalau masa bujang2 dulu, demam ni boleh dilayan, sekarang takde masa nak layan.



Bekerja makan gaji sentiasa tetap setiap bulan, dan memang confirm akan dapat gaji di hujung bulan atau awal bulan. Cuma cara nak adjust supaya balance sheet every month stabil terpulang pada diri masing2, maknanya ukur baju di badan sendiri. Tapi kalau bekerja sendiri, semuanya bergantung. Adakalanya banyak melebihi pendapatan setahun orang makan gaji, adakalanya kalau pukat tidak mengena atau kail tak dimakan ikan selama 6 bulan, nak buat macam mana tu? Memang bekerja sendiri ni, hidup setiap hari dipenuhi dengan  tawakal kepada Yang Memberi Rezeki. Di samping berusaha, doa dipanjatkan kepadaNya. Hati2 customer digerakkan olehNya untuk mencari kita. Memang kena kental jiwa tika berhadapan dengan zaman2 sukar. Otak kena sentiasa ligat memikirkan strategi pemasaran yang berkesan. Buku2  motivasi tentang orang2 yang telah berjaya membina empayar perniagaan dan yang telah melalui jatuh bangun dalam perniagaan kena sentiasa ada sebagai penguat semangat. Satu lagi kena yakin dengan janji2NYA.

Apapun sebenarnya dalam hidup ni kita tidak boleh mendapat semua yang kita inginkan misalnya nak bekerja gaji besar tapi nak anak juga membesar di depan mata, atau inginkan anak membesar di depan mata dalam masa yang sama inginkan kerja yang bagus, kalau boleh kerja dengan mana2 company besar tapi buat kerja kat rumah sendiri. Belum mendapat pengiktirafan yang meluas di negara kita walau di negara luar dah implement cara kerja macam ni. Sebenarnya implementation cara kerja macam ni perlukan kepercayaan bos dan pekerja.



Setiap keinginan kita perlukan pengorbanan. Untuk melihat anak2 membesar di depan mata, boleh ditegur salah silap mereka, melihat segala perubahan tingkah laku mereka, berkongsi segala masalah dengan mereka dsbnya maka saya korbankan keinginan bekerja di luar dengan bekerja sendiri. Walau penat badan dan juga otak dalam menguruskan keluarga dan biz sendiri, tapi kepuasan itu hanya orang yang melaluinya sahaja mengetahui. Teringat satu kata2 motivasi yang diberikan oleh lecturer saya tika belajar di UiTM lama dahulu: "aku majukan hidupku dan akulah nakhoda hidupku...aku menentukan arah pelayaranku dan matlamat yang bakal dituju".