Friday 28 January 2011

Tungku Ibu

Banyak juga saya mendapat pertanyaan tentang tungku untuk si ibu...selepas saya mengeluarkan produk baru untuk bayi, iaitu "tungku bayi 7 herba". Bagus juga tu cadangan dari customer2 ni. Ni otak saya tengah ligat berfikir cara2 yang praktikal untuk tungku ibu pulak....moga Allah mempermudahkan segalanya.

Segala ilmu2 yang didapati ketika saya berpantang keenam2 anak dulu kena digunakan sepenuhnya sekarang. Mudah2an emak sudi menurunkan segala ilmu perbidanannya kepada saya (emak suami, emakku jua). Ya Allah permudahkan segalanya.

Monday 10 January 2011

Kapas semakin naik????

Hari ni baru la berpeluang tengok rancangan Bloomberg kat channel astro...suami pulak perli,  kata dahsyat u..tengok bloomberg...membicarakan tentang "asia move in business". Antara yang menarik perhatian saya ialah tentang kemerosotan pengeluaran kapas dunia terutama dari China dan juga Australia sebagai negara ke-4 pengeluar kapas yang juga mengalami kemerosotan akibat banjir yang melanda.

Patutlah bila saya pergi membeli kain dari supplier yang biasa semua menggeleng kepala kata tak tahan dengan harga kain kapas yang naik melambung tinggi. Takdak tipu punya, tapi yang tak bestnya stok yg lama2 pun dinaikkan harga jugak. Nak buat macam mana sebab kain kapas adalah satu keperluan dalam biz saya.

Sapa yang melabur dalam komoditi kapas memang tengah buat untung sekarang sebab harga tengah naik tinggi. Saya sebagai peniaga ikan bilis ni memang lah lagi terasa sebab kesan kenaikan kapas akan memberi kesan kepada biz saya jugak. Kos semua semakin naik, kesian kat customer atau end user. Saya tidak dapat mengawalnya kerana semuanya di luar bidang kuasa saya, cuma saya hanya mampu bertahan dan berdoa moga harga kapas akan menurun sedikit masa lagi.

Tapi selalunya bila harga kapas dah turun, harga takkan turun dah. Selalunya macam tu lah...