Monday 1 February 2010

WAHM?

WAHM iaitu singkatan kepada "working at home mum" semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat kita terutama di kalangan mommy-mommy blogger. Di samping menjaga anak di rumah boleh juga mencari pendapatan sendiri tanpa perlu meninggalkan anak-anak.

Saya juga tidak terkecuali terjebak sama di dalam sindrom ni. Dah hampir setahun saya menjadi WAHM. Duduk di rumah tapi mampu menjana pendapatan sendiri. Tapi, memang kena pandai menguruskan masa dan kerja, kalau tidak memang lari dari niat asal untuk mendidik anak-anak di depan mata.

Bangun pagi-pagi, siapkan anak yang bersekolah tadika sessi pagi, pukul 9 pula untuk 3 lagi anak yang bersekolah rendah. Di sebabkan sessi sekolah diorang bermula jam 11.30 a.m, kena pastikan semua kerja sekolah dan apa-apa yang patut disiapkan terlebih dulu. Waktu ni lah untuk menengok pelajaran diorang dan membantu kerja-kerja sekolah yang mesti dibuat. Siapkan sarapan untuk diorang ke sekolah. Memang boleh sesak nafas jadinya. Selesai diorang ke sekolah, siapkan lunch bagi anak-anak yang tidak bersekolah lagi, kalau tidak memang boleh kebuluran diorang kalau umminya asyik nak menjahit aje.

Seusai semua kerja diselesaikan, bermulalah tugas dan tanggungjawab saya kepada customer pulak. Alhamdulillah, kemahiran menjahit semakin saya kuasai, jadi boleh menjahit dengan lebih pantas, dan kualiti kerja juga mesti dijaga, bukan hanya keuntungan yang dikejar. Niat saya hanya ingin memudahkan dan membantu ibu-ibu di luar sana mendapatkan kelengkapan bayi yang lebih berkualiti dan kemas. Di samping itu, nursing cover yang digunakan oleh ibu-ibu ketika menyusu di khalayak ramai dapat membantu melindungi aurat mereka daripada mata=mata jahat kaum berlawanan jenis. Saya hanya ingin membantu mereka memelihara harta nan satu itu.

Sebenarnya memang memerlukan kekuatan mental yang kuat untuk saya membuat semua kerja dalam satu masa. Kebiasaannya saya hanya menjahit di sebelah tengahari sehingga ke petang dan disambung sedikit di sebelah malam apabila anak-anak semua sudah tidur. Abahnya pun perlu juga diberi perhatian. Kadang-kadang, rasa macam jadi superwoman pulak, sebab semuanya nak dibuat.

Sebelah malam ajar anak-anak mengaji al-Quran. Saya pun tak mahu terlepas peluang mengajar anak-anak mengenali kitab nan satu ini dengan tangan sendiri. Puas hati rasanya, bila anak-anak pandai membaca al-Quran hasil didikan sendiri. Tapi, bila tengok anak-anak membesar di depan mata dan boleh bersolat serta mengaji al-Quran, hilang segala penat dan lelah. Memang berbaloi dok kat rumah. Ini hanya pandangan saya sendiri dan apa yang saya lakukan. Tidak semua orang akan sependapat dengan saya, dan akan merasa satu kerugian sekiranya memiliki ijazah tapi memilih untuk membina kerjaya dari rumah. Apapun, saya mendapat kepuasan diri dengan apa yang saya lakukan. Mungkin apabila anak-anak semakin membesar dan masa yang semakin banyak, saya boleh mencuba sesuatu yang saya impikan. Apapun tepuk dada, tanya diri kita.

2 comments:

  1. Salam perkenalan.. Penulisan yg jujur. Sy dpt rasakannya. Ooo rupanya ada juga yg sependapat dgn sy.. baru terjumpa blog puan ini. Ya.. sy juga spt puan. Lulusan uni, sudah 3 tahun jd surirumah dan memilih utk membina kerjaya dari rumah. Cuma sy masih lg mencari kekuatan di sebalik soalan skeptikal org yg tak sama cara pandang dgn kita. Kdg2 penat nak jwb.. mujur suami memberikan smangat. Katanya lain kali org tanya jawab je 'sy sdg bekerja la ni. Sdg membesarkan seorg perdana menteri malaysia utk 30 thn akan dtg!' Hehe.... jemput bertandang ke ofis sy pula (khadijahgani.blogspot.com). Mungkin ada sesuatu yg blh dikongsi bersama. (Err, sy lbh suka dunia penulisan dan motivasi tak berapa nak jual brg sgt hehe)...

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan juga buat khadijah krn sudi bertandang ke sini..sbnrnya utk bekerja dr rmh/bekerja sendiri mmg merupakan satu cabaran yg amt bsr apatah bila kwn2 seangktn kita tlh mndpt pelbgai gelaran dn pngkt..dn bekerjaya..cuma satu kita kena ingat bhw kita afa khidpn kita sndiri..hasil kita lmbt sikit dn tidak ada pgiktirafan manusia..moga2 Allah memandang hasil usaha dan pengorbanan yg kita lakukan..skrg sy dah x malu utk mngaku fthw..sbb kita je tahu apa yg kita buat..walau tiada pgiktrfn manusia..yg pnting kita bshagia..xde stress krja ngan org..

    ReplyDelete