Thursday 28 October 2010

Kenapa perlu berbengkung perut?

Kenapa si ibu perlu berbengkung perut selepas bersalin? Memang rimas dan melecehkan di samping kena telan pelbagai jenis ubat, makjun dan jamu, kena lagi berbengkung perut. Tapi, harus diingat...lebih baik mencegah daripada merawat. Ketika di dalam pantang, urat2 badan kita masih lembut dan longgar akibat daripada proses kelahiran. Perut juga masih lembut, Oleh itu, seeloknya ia dirawat dan ditegangkan semula ketika di dalam pantang. 


Saya telah melalui 6 kali proses kelahiran dan telah merasai pengalaman ketika berpantang dengan sambil lewa dan juga ketika berpantang bersungguh2. Ketika kelahiran anak pertama, saya akui jiwa muda kita memang malas nak melakukan perkara2 yang remeh temeh dan menyusahkan. Saya berbengkung  ikut mood, akibatnya sehabis pantang, perut tak kempis...buncit macam orang mengandung 3 bulan. Apa nak buat sebab bila habis pantang perut dah jadi keras. Kalau tak percaya cuba perhatikan orang yang berpantang betul2 dengan yang tidak menjaga pantang seperti tidak berbengkung ketika di dalam pantang. Mesti anda akan ternampak perbezaannya. Itu telah menjadi satu pengajaran yang berguna buat saya untuk berpantang bersungguh2 ketika kelahiran anak seterusnya.

Amalan berbengkung bertujuan untuk mengejapkan kembali otot-otot perut yang telah kendur ketika melahirkan. Iyelah masa mengandung kan perut kita besar, bila baby dah keluar, perut akan  jadi kendur balik. Kenalah berbengkung dan memakan pelbagai jamu untuk mengencangkan kembali otot2 perut kita tu. Jangan malas, nanti menyesal.


Berdasarkan pengalaman saya yang telah mencuba pelbagai jenis bengkung, saya lebih berpuashati dengan hasil menggunakan kain belacu jenis tebal sebab ianya lebih kejap dan terletak. Badan juga lebih cepat slim dan kembali ke bentuk asal. Saya tidak pula merasa panas sebab kain belacu ni dari jenis cotton, apabila cuaca panas ia menyerap haba dan ketika malam yang sejuk ia memanaskan badan kita. Rasa selesa aje. Bengkung dari kain jenis ni saya telah wariskan kepada adik-adik saya pulak, hasilnya mereka juga berpuas hati dengan kain belacu tebal ni. Atas alasan tersebut, saya ingin berkongsi dengan ibu2 semua kepuasan menggunakan kain jenis ni.


Apapun, yang penting ibu2 kenalah rajin merawat diri ketika di dalam pantang. Jangan malas dan segan jika inginkan hasil yang memuaskan. Kita kena set mind kita bahawa kesihatan diri kita adalah untuk keluarga kita jugak, kalau kita sakit, siapa yang susah? Anak2 dan suami kita jugak yang susah. Pengorbanan ibu tiada tandingannya. Jadi kenalah rajin berbengkung...

No comments:

Post a Comment