Tuesday 2 November 2010

Kerja sendiri vs Makan Gaji

Seronok juga bercerita tentang kerja sendiri atau nak kerja makan gaji. Masing2 akan mempertahankan pendapat bahawa kerjanya lah  yang lebih susah. Kalau ditanya pada saya yang tak pernah bekerja makan gaji, hanya bekerja sendiri dari rumah, atau lebih tepatnya gelaran yang diberi WAHM(working at home mom) atau SAHM(stay at home mom) tentu jawapan saya berbeza dengan orang yang makan gaji.



Sama tapi tak serupa. Masing2 bekerja tapi dengan suasana yang berbeza. Bekerja makan gaji perlu patuh pada arahah orang yang lebih atas, keputusan dibuat dengan perbincangan, sebaliknya bekerja sendiri perlu memotivasi diri sendiri untuk berjaya dan keputusan perlu dibuat sendiri. Selalunya orang yang makan gaji akan dihantar  mengikuti pelbagai jenis kursus untuk memantapkan skill dan memberi motivasi, tapi kalau kerja sendiri perlu cari sendiri kursus2 motivasi yang berkaitan atau kalau tak cukup modal nak pergi kursus kenalah mencari apa2 sumber yang boleh memotivasikan diri seperti membaca kisah2 kejayaan orang-orang yang telah berjaya untuk mencari kekuatan diri. Sayapun kadang-kadang down juga ketika melalui cabaran kerja sendiri. Bukan mudah sebenarnya. Cuma yang untung anak2 membesar di depan mata.

Pengurusan masa juga sesuatu bukan mudah untuk dibuat berlainan dengan kerja makan gaji, biasanya 8.00-5.00  job. Kerja kat rumah selepas waktu bekerja itu adalah tanggungjawab pula. Tetapi sekiranya bekerja sendiri, agak sukar jugak nak mengurus masa dengan tugas yang tidak pernah habis bermula dari subuh hari hinggalah  melelapkan mata. Bila anak2 dah tidur malam barulah boleh betul2 mengadap pc, sebelah siang sibuk dengan anak2 dan juga menyiapkan order.

Takde istilah cuti rasanya dalam kamus saya. Walau tidak sihat tugas rutin tetap dijalankan dan biz juga berjalan seperti biasa. Bukan boleh ambil MC dari suami atau anak2, kata ummi cuti hari ni tak boleh masak. Kalau nak demam tu biasanya demam pun tak jadi, disebabkan tugas yang menanti. Alhamdulillah, setakat ni Allah beri kesihatan yang baik, mudah2an terus sihat dalam meniti hari2 mendatang. Kalau masa bujang2 dulu, demam ni boleh dilayan, sekarang takde masa nak layan.



Bekerja makan gaji sentiasa tetap setiap bulan, dan memang confirm akan dapat gaji di hujung bulan atau awal bulan. Cuma cara nak adjust supaya balance sheet every month stabil terpulang pada diri masing2, maknanya ukur baju di badan sendiri. Tapi kalau bekerja sendiri, semuanya bergantung. Adakalanya banyak melebihi pendapatan setahun orang makan gaji, adakalanya kalau pukat tidak mengena atau kail tak dimakan ikan selama 6 bulan, nak buat macam mana tu? Memang bekerja sendiri ni, hidup setiap hari dipenuhi dengan  tawakal kepada Yang Memberi Rezeki. Di samping berusaha, doa dipanjatkan kepadaNya. Hati2 customer digerakkan olehNya untuk mencari kita. Memang kena kental jiwa tika berhadapan dengan zaman2 sukar. Otak kena sentiasa ligat memikirkan strategi pemasaran yang berkesan. Buku2  motivasi tentang orang2 yang telah berjaya membina empayar perniagaan dan yang telah melalui jatuh bangun dalam perniagaan kena sentiasa ada sebagai penguat semangat. Satu lagi kena yakin dengan janji2NYA.

Apapun sebenarnya dalam hidup ni kita tidak boleh mendapat semua yang kita inginkan misalnya nak bekerja gaji besar tapi nak anak juga membesar di depan mata, atau inginkan anak membesar di depan mata dalam masa yang sama inginkan kerja yang bagus, kalau boleh kerja dengan mana2 company besar tapi buat kerja kat rumah sendiri. Belum mendapat pengiktirafan yang meluas di negara kita walau di negara luar dah implement cara kerja macam ni. Sebenarnya implementation cara kerja macam ni perlukan kepercayaan bos dan pekerja.



Setiap keinginan kita perlukan pengorbanan. Untuk melihat anak2 membesar di depan mata, boleh ditegur salah silap mereka, melihat segala perubahan tingkah laku mereka, berkongsi segala masalah dengan mereka dsbnya maka saya korbankan keinginan bekerja di luar dengan bekerja sendiri. Walau penat badan dan juga otak dalam menguruskan keluarga dan biz sendiri, tapi kepuasan itu hanya orang yang melaluinya sahaja mengetahui. Teringat satu kata2 motivasi yang diberikan oleh lecturer saya tika belajar di UiTM lama dahulu: "aku majukan hidupku dan akulah nakhoda hidupku...aku menentukan arah pelayaranku dan matlamat yang bakal dituju".

No comments:

Post a Comment