Thursday 28 October 2010

Kenapa perlu berbengkung perut?

Kenapa si ibu perlu berbengkung perut selepas bersalin? Memang rimas dan melecehkan di samping kena telan pelbagai jenis ubat, makjun dan jamu, kena lagi berbengkung perut. Tapi, harus diingat...lebih baik mencegah daripada merawat. Ketika di dalam pantang, urat2 badan kita masih lembut dan longgar akibat daripada proses kelahiran. Perut juga masih lembut, Oleh itu, seeloknya ia dirawat dan ditegangkan semula ketika di dalam pantang. 


Saya telah melalui 6 kali proses kelahiran dan telah merasai pengalaman ketika berpantang dengan sambil lewa dan juga ketika berpantang bersungguh2. Ketika kelahiran anak pertama, saya akui jiwa muda kita memang malas nak melakukan perkara2 yang remeh temeh dan menyusahkan. Saya berbengkung  ikut mood, akibatnya sehabis pantang, perut tak kempis...buncit macam orang mengandung 3 bulan. Apa nak buat sebab bila habis pantang perut dah jadi keras. Kalau tak percaya cuba perhatikan orang yang berpantang betul2 dengan yang tidak menjaga pantang seperti tidak berbengkung ketika di dalam pantang. Mesti anda akan ternampak perbezaannya. Itu telah menjadi satu pengajaran yang berguna buat saya untuk berpantang bersungguh2 ketika kelahiran anak seterusnya.

Amalan berbengkung bertujuan untuk mengejapkan kembali otot-otot perut yang telah kendur ketika melahirkan. Iyelah masa mengandung kan perut kita besar, bila baby dah keluar, perut akan  jadi kendur balik. Kenalah berbengkung dan memakan pelbagai jamu untuk mengencangkan kembali otot2 perut kita tu. Jangan malas, nanti menyesal.


Berdasarkan pengalaman saya yang telah mencuba pelbagai jenis bengkung, saya lebih berpuashati dengan hasil menggunakan kain belacu jenis tebal sebab ianya lebih kejap dan terletak. Badan juga lebih cepat slim dan kembali ke bentuk asal. Saya tidak pula merasa panas sebab kain belacu ni dari jenis cotton, apabila cuaca panas ia menyerap haba dan ketika malam yang sejuk ia memanaskan badan kita. Rasa selesa aje. Bengkung dari kain jenis ni saya telah wariskan kepada adik-adik saya pulak, hasilnya mereka juga berpuas hati dengan kain belacu tebal ni. Atas alasan tersebut, saya ingin berkongsi dengan ibu2 semua kepuasan menggunakan kain jenis ni.


Apapun, yang penting ibu2 kenalah rajin merawat diri ketika di dalam pantang. Jangan malas dan segan jika inginkan hasil yang memuaskan. Kita kena set mind kita bahawa kesihatan diri kita adalah untuk keluarga kita jugak, kalau kita sakit, siapa yang susah? Anak2 dan suami kita jugak yang susah. Pengorbanan ibu tiada tandingannya. Jadi kenalah rajin berbengkung...

Kenapa perlu "nursing cover"?

Saya alihkan posting tentang nursing cover ke sini supaya  mudah dibezakan antara posting untuk blogshop dan blog untuk berkongsi cerita. Ceritanya berkaitan dengan menutup aurat ketika melakukan penyusuan di tempat awam. Betapa pentingnya aurat tersebut ditutup yang mana ianya hanya untuk tatapan suami tetapi telah menjadi tatapan awam pulak.


Apa pentingnya nursing cover kepada ibu-ibu yang menyusu? Apa itu nursing cover ? Untuk yang first time nak jadi ibu tentu tak biasa dengar perkataan ni atau bahasa Melayunya penutup ketika menyusu. Dulu2 zaman mak kita takde lagi tutup2 tika menyusu atau bf baby ni. Selamba je mak2 kita selak baju bila anak mintak susu. Dulu lain sekarang lain. Dulu orang tak kisah sangat bab2 ni, semua free show, dan kejahatan masa tu mungkin tidak sebanyak sekarang.

Penting sangat ke nursing cover ni? Sebenarnya bagi saya sama pentingnya dengan pakaian kita jugak. Kita pakai baju dan segalanya untuk tutup aurat kita dari pandangan bukan mahram, macam tu jugak fungsi nursing cover. Kita guna ketika nak menyusukan baby terutamanya di khalayak ramai. Takde lah main selak je atau tercari2 tempat nak menyusukan baby terutama ketika keluar bershopping atau ke majlis di rumah sedara mara atau kawan2 kita. Tak payah lagi kita nak mintak izin masuk ke bilik tuan rumah semata2 nak menyusukan baby. Juga berguna ketika perjalanan jauh atau melancong. Tak semua tempat sediakan ruang khusus untuk kita melakukan penyusuan.

Inilah juga antara sebab sesetengah ibu tidak mahu bf babynya sebab alasan diorang banyak susah dari senang. Tapi kalau kita bersungguh2 nak memberikan yang terbaik untuk anak kita, itu bukan alasan untuk tidak menyusukan baby/ breastfeeding. Anak kita akan mendapat yang terbaik dari ibunya di samping belaian dan darah dagingnya bermula dari susu ibunya sendiri bukan susu lembu. Teringat satu frasa kata di salah sebuah hospital kerajaan: "susu lembu untuk anak lembu".

Jadi jangan malu untuk menyusukan anak ketika di luar rumah sebab saya telah sediakan satu cara yang selamat dan terlindung harta kita nan satu itu dari pandangan mata2 jahat. Saya juga menyusukan kesemua anak-anak saya. Ikatan ibu dan anak juga lebih erat. Ibu-ibu moden adalah ibu2 yang tahu menghargai anugerah Allah kepadanya dan memberikan apa yang terbaik untuk bayinya.

Dahulu dan sekarang

Banyak bezanya dahulu dan sekarang. Ketika menjadi surirumah sepenuh masa, saya tak terfikirpun bahawa saya boleh menjadi seperti hari ini. Kalau dulu, sentiasa melekap depan tv, sekarang jangan haraplah! Kalau dulu, boleh tidur2 dan goyang kaki, sekarang tidur semakin kurang, tapi goyang kaki semakin laju.

Apa yang menyebabkan goyang kaki semakin laju? zreeeeett....zreeeettt...bunyi mesin jahit semakin laju. Dulu tak pandai langsung bab2 jahitan, sekarang bolehlah sikit2 bercakap tentang seni jahitan. Bolehlah potong-potong kain dan try design2 baru untuk baby.

Dulu tak pandai langsung bab-bab internet biz ni, sekarang bolehlah faham sikit-sikit, tapi sentiasa belajar lagi tentang internet marketing. Ilmu tentangnya tak pernah habis. Sentiasa berkembang.

Dulu selalu rasa rendah diri sebab tak bekerja macam orang lain, sekarang inshaALlah tidak lagi. Sebabnya duduk kat rumah, goyang kaki je dapat duit macam orang lain yang bekerja kat luar. Sekurang-kurangnya tidak lagi seperti katak di bawah tempurung. Bebas merancang sendiri masa. Tak perlu terkejar-kejar ke sana ke mari.

Sekarang masih mencari rentak yang dapat disesuaikan dengan anak-anak supaya anak-anak tidak ketinggalan.

Lamanya tak update...

Lamanya saya tak update blog untuk berkongsi cerita. Sejak saya sibuk mengeluarkan produk baru saya iaitu bengkung ibu lepas bersalin dan disibukkan dengan promosinya, kita melalui detik bulan puasa seterusnya meraikan Hari Raya.

Hampir terlupa dengan blog sendiri di samping blogshop MyBabyComel. Sedang mencari2 idea dan cerita2 yang ingin dikongsikan dengan rakan2. Cuma keadaan saya sudah berubah berbanding dahulu. Apa beza dahulu dan sekarang? Nanti saya cerita...